TRAVELOG HAJI Mengubah Sempadan Iman

Assalamualaikum. Semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat di bawah rahmat Yang Maha Esa. Sebelum itu, saya nak ucapakan jazaakillah khairan kathira kepada Kak Muzawati kerana memperkenalakn saya buku ni. Saya cuba mencari buku ni semasa pesta buku baru-baru ini. Alhamdulillah Allah mempertemukan saya dengan buku ini. Saya ingin kongsikan dengan kawan kawan berkaitan dengan kandungannya yang cukup bagus untuk bacaan kita semua. Kadang-kadng ia boleh membuatkan kita berfikir tentang diri yang sangat kerdil di sisi Allah. Kadang2 ia boleh menitiskan air mata tanpa disedari. Saya hampir selesai membacanya. Saya mengambil satu hari untuk menghabiskannya. Buku ini menceritakan pengalaman penulis (Prof Muhd Kamil Ibrahim) semasa beliau menunaikan haji bersama isteri, kakak dan adik beliau.. Bermula sebelum beliau menunaikan haji sehinggalah selesai menunaikan Rukun Iman yang Kelima itu. Semuanya diceritakan dalam buku ini. Dapat disimpulkan dari buku tersebut : Allah sentiasa memakbulkan doa hamba-hambanya yang selalu berdoa, bangun bertahajjud meminta keampunan dan keredhaanNya. Segala urusan haji yang dilalui oleh penulis Allah makbulkan berkat doa yang senantiasa dilafazkan tanpa kenal erti penat dan lelah. Sekiranya sahabat belum memiliki buku ini, cubalah untuk mendapatkannya, Inshaalah hati anda pasti tersentuh bila membacanya…wallahua’lam.

Advertisements

~ oleh ummulyusr mahfuzah di April 3, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: