Resepi 1 – Pizza

PIZZA

Bahan
500 tepung gandum………..]
1 paket yeast mauripan……..] gaul rata
1 s/k gula……………………..]
1 s/k garam……………………]
1 s/b majerin/spry
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

cara:

1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa ketulan.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendakki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan…ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.

INTI PIZZA

bahan
2 ketul dada ayam atau 250 gm daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas –
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180’C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

NOTA:
sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.
antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya..
 

PIZZA SEGERA (Resepi kak liza)

PIZZA BASE

Bahan-bahannya
250 gram tepung roti
250 gram tepung gandum
1 sudu makan yeast
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar minyak canola/ sayuran
320 ml susu segar

Cara-caranya
Bahan-bahan dicampur dan diuli sehingga licin dan lembut. Perap selama 30 minit, kemudian tumbuk dan uli lagi sedikit dan bahagikan kepada 3 bahagian (satu 300 gram). Canai bulat dan kemudian perap selama 30 minit supaya ia naik. Bakar dalam oven setengah masak selama 5-10 minit pada suhu 180 darjah C.

Bahan untuk Topping
bawang putih
bawang merah
daging cincang
bunga kobis
jagung muda
cendawan butang
baked beans
mozarella cheese, diparut
Kraft Cheese Strings
Sos – ikut citarasa

Cara-caranya
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus, masukkan daging cincang, letak sedikit garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masukkan sayur-sayuran, bunga kobis, jagung muda, cendawan butang dan tumis setengah masak. Topping telah sedia untuk digunakan.

Untuk membuat pizza yang mempunyai cheese sides, lepas canai letakkan Kraft Cheese strings dan kemudian tutup dengan adunan tepung. Kemudian bakar setengah masak, kemudian sapukan dengan sos (selalu Diana gunakan sweet sour sauce yang dicampur dengan sedikit gula) ini selalu main campak2 sosnya. Taburkan sedikit parutan mozarella cheese (supaya bila letak topping tak berterabur), letakkan topping sayur campuran, kemudian letak baked beans dan akhir sekali tabur parutan mozarella cheese.

Topping pizza boleh dipelbagaikan seperti menggunakan hotdog, nenas, daging ayam belanda (turkey), frankfurters dll. Creative sikit mencuba dan ia akan menghasilkan pizza ikut selera keluarga anda.

 

Bahan-Bahan:
4 biji roti burger [belah 2]
5 s/b tomato sos
100 gm keju mozzarellla [dipotong halus]
majerin
1 tin kecil sardin
1 biji tomato [cincang]
2 biji cili merah [cincang]
1 labu bawang besar [cincang]
1 s/k lada sulah
serbuk daun aregano
garam

Cara:
1. Sardin di hancurkan sampai halus dgn sedikit air sardin (dalam 1 – 2 sudu). Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
2. Sapukan majerin dalam loyang yg nak digunakan.
3. Susunkan roti dalam dulang pembakar.
4. Sapu sedikit sos tomato atas roti yg sudah disapu mentega & letak sedikit sardin yg telah dihancurkan tadi.
5. Rata-ratakan sardin atas roti & letakkan bahan sayuran dan juga keju mozzarella.
6. Bakar dalam oven dalam 10 minit. Oleh kerana roti biasa ni nipis, kalau suka garing, bakar lama sikit. Hidang ketika masih panas.

NOTA
Kalau tak suka sardin, boleh ganti dgn tuna. atau serunding atau sambal udang..

Sumber: http://fiezzamy.blogspot.com/2008/07/pelbagai-resepi-pizza.html

Advertisements

~ oleh ummulyusr mahfuzah di Oktober 24, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: